Mati kerana leukemia pada umur 72 tahun
KUALA LUMPUR - Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda semalam.
Menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kept l a Bernama semalam, Natrah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun.
Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin clan Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kornarahan masyarakat Islam di Singapura sehingga berlaku r rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terhunuh dan kira-kira 20th orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera (hall polis Briti,h, sehingga Singapura diletakkan di hawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Dr Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hatiya masih melekat di Malaya ketika itu.
Natrah yang menggunakan nama Bertha kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran tilem dokumentari dirinya oleh sebuah syarikat telivisyen Belanda.
" Menurut Barta, beliau hanya berasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya" kata Dr, Fauziah.
Sebuah filem mengenai Berta arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.
Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah
Message from Maria Hertogh a.k.a. Nadra (May 2009)
Bertha Hertogh in Huijbergen overleden
pulanglah natrah a tribute
Remembering Natrah part 1
Remembering Natrah part 2
Remembering Natrah part 3
The Maria Hertogh Riots
Maria Hertogh Part 1
Maria Hertogh 2