Natrah merindui keluarga angkatnya di Malaysia
KEMAMAN - Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Bertha Hertogh atau nama Islamnya Natrah pernah menyuarakan kerinduan kepada seluruh ahli keluarga angkatnya di Malaysia.
Kerinduan itu mendorong Natrah yang meninggal dunia akibat leukemia pada Khamis lalu meminta keluarga angkatnya di sini menziarahinya di Belanda.
Saudara angkatnya, Rokayah Mohd. Dahan, 63, berkata, Natrah telah menyatakan hasrat untuk bertemu semula mereka menerusi telefon dan e-mei.
Rokayah yang merupakan cucu kepada ibu angkat Natrah, Che Aminah Mohamed memberitahu, Natrah juga menghubungi adiknya di Kemaman dan juga anaknya yang tinggal di Kuantan.
"Sedih mengenangkan banyak kenangan manis bersama dengannya," kata Rokayah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mak Chili Pay a dekat sini semalam.
Antara peristiwa yang sukar beliau lupakan ialah bilo Natrah masih petah bercakap Bahasa Melayu loghat lndonesia sewaktu datang ke Kemaman pada 1997 lalu walaupun sesudah 46 tahun meninggalkan Malaysia.
Natrah amat gemarkan rnakanan tradisional Melayu u ia itu ketupat palas. Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat berlaku perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau keturunan Belanda.
Dia pada waktu itu berumur 13 tahun serta telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Pasangan itu bagaimanapun dipisahkan oleh undang-undang British/Belanda yang tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin sehingga mengakibatkan berlakurusuhan.
Sementara itu di Shah Alam, bekas penulis dan penyelidik penulis majalah Dewan Masyarakat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datin Fatini Yaacob, 50, terkilan Iwrana Natrah meninggal dunia sebelum beliau sempat menyiapkan biograti wanita terssebut.
Fatini pernah menjejaki Natrah sehingga ke Belanda dan Arnereka Sayarikat (AS) kira-kira 20 tahun Ialu."Buku itu sebenarnya sudah lama siap.
KERATAN Kosmo! semalam. Cuma bahagian epilog pada penghujungnya belum lengkap.
"Saya terkilan kerana sepatutnyva saya lengkapkan bahagian itu apabila bertemu dengan Natrah kembali," kata Fatini yang sepatutnya pergi ke Belanda pada minggu depan.
Biarpun begitu, Fatini tetap akan meneruskan kunjungan ke Belanda untuk bertemu dengan anak-anak Natrah. Beliau juga merancang menerbitkan doku-drama dan filem mengenai Natrah.
KOSMo- Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN dan HAMZAH SARAH